Followers

Monday 30 January 2012

Sayyidina al-Imam al-Hasan al-Basri

Antara yang menakjubkan kita melihat segolongan yang istimewa yakni sebaik kurun selepas para sahabat.Mereka mendapat kekuatan daripada sumber kerohanian para sahabat yang mendapat tarbiah Muhammadiyah supaya rantaian sanad tidak terputus untuk disampaikan kepada umat Islam selepas mereka.

Di antara wali pilihan Allah pada zaman tersebut adalah Penghulu Tabiin dan Imam golongan zuhud dan Ulama’ Muhaqqiqin, pembawa panji dakwah kepada Allah dengan Basirah(pandangan mata hati).Dia adalah Syeikhul Islam al-Imam Abu Said al-Hasan bin Abil Hasan Yasar al-Basri r.a.

Penyusun mendahulukan Imam al-Hasan sebagaimana guru hamba, Almarhum Dr Judah al-Mahdi mendahulukannya kitab Bihar al-Wilayah al-Muhammadiyah berdasarkan faktor-faktor berikut:

a)Faktor utama-Imam al-Hasan al-Basri r.a merupakan antara ketua para Tabiin yang merupakan umat Islam paling afdal selepas para sahabat.Kerana itu, kemasyhuran tasauf Imam ini merupakan sumber ambilan kepada tasauf Islam untuk menghadapi golongan yang menyangka tasauf terkeluar daripada lingkaran Islam sama ada jahil atau berpura-pura jahil tentang hakikat tasauf.

b)Faktor kedua-Imam al-Hasan mengambil minuman sufi daripada Khalifah Rasyidin keempat Sayyidina Ali bin Abu Talib ra.Sanad tasaufnya bersambung dengan Imam Ali r.a sebagaimana yang akan kami jelaskan.Dengan itu sabitlah bersambungnya sanad tasauf kepada Penghulu segala makhluk SAW daripada jalan Khulafa’ Rasyidin r.anhum.Dengan itu tertolak dakwaan penentang tasauf yang mengatakan tasauf adalah bid’ah yang tidak pernah wujud pada zaman salaf.

c)Faktor ketiga-Imam Hasan al-Basri ra antara yang terawal yang bercakap mengenai ilmu tasauf dan menggunakan nama golongan Sufiah(ahli tasauf).Telah sabit daripada Imam Hasan penggunaan istilah ilmu ini yang mana disangka oleh penentang tasauf sebagai bid’ah dan tidak pernah wujud istilah ini pada zaman salaf(menurut sangkaan mereka).

No comments:

Post a Comment