Followers

Wednesday 25 May 2011

BIODATA HABIBUNA ALI ZEINAL BIN ABU BAKAR AL HAMID



Al-Habib Ali Zeinal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid saat ini sedang mendapatkan PhD of Arts dalam Al Quran dan Sunnah pengajian di IIUM, Malaysia.

Berikut ini adalah sejarah singkat dari latar belakang pendidikan Al-Habib Ali:

1990 - Sekolah Menengah Pertama (Yayasan Pesantren Indonesia, Islam)
1992 - Pengajian Terperinci dalam Bahasa Arab (LP Bahasa Arab Kuala Lumpur)
1995 - Khusus Studi di Fiqh (Mustafa Al Dar, Yemen)
1997 - Menengah Tinggi (Universiti Al Azhar, Mesir)
2001 - BA dalam Undang-Undang Islam & Undang-undang (Tafsir) (Universiti Al Azhar, Mesir)
2006 M.A dalam bidang Al Quran dan Sunnah (IIUM, Malaysia)

Berikut ini adalah sejarah singkat pengalaman mengajar Al Habib Ali:

Lebih dari 2  tahun mengajar Bahasa Arab di Masjid Al-Akram di KL, Malaysia.
2 tahun mengajar Tafsir di Wangsa Melawati dan Al Faizin masjid di KL.
3 tahun mengajar Fiqh di pelbagai masjid di sekitar KL dan Selangor.
4 tahun sebagai guru selama belajar di Mesir.

Tuesday 24 May 2011

BIODATA HABIBUNA NAQJAMUDIN BIN OTHMAN AL KHIRID




Nama Beliau Adalah NAJAMUDDIN BIN OTHMAN BIN MOHAMMAD BIN JA'FAR BIN ALAWI BIN HUSSIN BIN ALI BIN SULAIMAN BIN ABDULLAH BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ABU BAKAR BIN ALI BIN ABU BAKAR BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN ALAWI AL-KHERED BIN MUHAMMAD BIN ABDUR RAHMAN BIN MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ALAWI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN ALAWI BIN MUHAMMAD BIN ALAWI BIN ABDULLAH BIN AHMAD AL-MUHAJIR BIN ISA AR-RUMI BIN MUHAMMAD AN-NAQUIB BIN ALI AR-RIDHA BIN JA'FAR AS-SHODIQ BIN MUHAMMAD AL-BAQIR BIN ALI ZAINAL ABIDIN BIN ALHUSSIN BIN ALI KARAMALLAHU WAJHAH SUAMI FATIMAH AZ-ZAHRAH BINTI RASULILLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM.

Pendidikan

  1. Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya sehingga darjah 6.
  2. Muar High School hingga tingkatan 3.
  3. Setelah itu melanjutkan pengajian dalam bidang agama di Mahaad Ariyadh (Indonesia).
  4. Seterusnya melanjutkan pengajian ke Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena Kedah.
  5. Seterusnya melanjutkan pengajian beliau ke Universiti Al Azhar dalam bidang Syariah.
  6. Seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan mendapat M.A dalam bidang Usul Fiqh.

Kerjaya

  1. Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bahagian Pengajian Islam selama 4 tahun.
  2. Sekarang menyandang jawatan Mudir di Madrasah At Tazkiah Cawangan Darul Mustafa, Pantai Dalam Kuala Lumpur.

Karangan dan Terjemahan

  1. Kitab Tazkirul Mustafa (Habib Altas Al Habsyi).
  2. Sabil Rasyad wa Hidayah ( Habib Ahmad bin Zein Al Habsyi).

PERWAJA BERSAMA ULAMA



Tuesday 17 May 2011

MESYUARAT MAHABBAH SEKRETARIAT UMMAH BERSELAWAT DAN PIHAK SURAU PERWAJA

Alhamdulillah pada 17 Mei 2011 tepat pukul 2.45 ptg telah berlangsung mesyuarat gerak kerja program UMMAH BERSELAWAT DI PERWAJA bertempat di Surau PERWAJA Gurun. Antara agenda yang dibincangkan adalah hala tuju susunatur program UMMAH BERSELAWAT DI PERWAJA. Alhamdulillah ini merupakan satu batu loncatan bagi Ummah Kedah khasnya dan Malaysia amnya untuk menyatakan rasa Mahabbah kepada Rasulullah S.A.W di Dataran PERWAJA. Nantikan LIVE STREAM di blogspot rasmi Sekretariat Ummah Berselawat pada 20 Mei 2011 pada pukul 7.00 mlm nanti..

Berikut adalah gambar-gambar selepas mesyuarat Mahabbah di PERWAJA:







Sunday 15 May 2011

PROGRAM MAHABBATUR RASUL D' BERTAM BERSAMA UMMAH BERSELAWAT 21 MEI 2011





Lokasi Masjid At Taqwa Bertam Indah Kepala Batas Pulau Pinang

Dijemput semua MUHIBBIN ke Majlis Mahabbatur Rasul di Masjid At Taqwa Bertam Indah Kepala Batas Pulau Pinang pada 21 Mei 2011 (Sabtu). Untuk makluman Masjid Bertam adalah antara masjid yang paling aktif di Pulau Pinang. InsyaAllah Habib Muhammad bin Muhammad Aqiel al Mahdaly bersama kumpulan Qasidah Syamsul Haq dan Kumpulan Ihya’ IPTB akan bersama para MUHIBBIN.

Tetantif adalah seperti berikut :

Masa
Program
7.20 mlm
Muhibbin Berkumpul
7.30 mlm
Solat Maghrib Berjemaah
7.50 mlm
Bacaan al Quran
8.00 mlm
Bacaan Qasidah-qasidah Cinta Rasul
8.30 mlm
Bacaan Mawlid Ad Dibaie
8.45 mlm
Tausiah oleh Habib Muhammad bin Muhammad Aqiel al Mahdaly

Sunday 8 May 2011

MAJLIS BERSAMA AL-HABIB SAYYID NAQJAMUDDIN DI PERWAJA, GURUN KEDAH


Pakat pakat pi beramai ramai. Ajak semua mak long, pak long, pak ngah, tok njang, abang, adik, kakak, nak, bapak. Kita berselawat dan berqasidah memuji Rasulullah SAW dalam menagih cinta kepada Baginda.

Sesungguhnya, kalau kita cinta kepada baginda, bagindah lebih awal lagi mencintai kita. Kalau kita rindukan baginda, baginda lebih awal lagi merindui kita. Setiap amal baik yang kita lakukan, baginda akan memohon Allah beri ganjaran, namun setia dosa yang kita lakukan, baginda akan memohon semoga Allah mengampuni dosa kita. Masya-Allah, sungguh mulia peribadi baginda.

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alih

Saturday 7 May 2011

PROGRAM UMMAH DI BAINUN BERSAMA SHEIKH RAHIMUDIN CUCU SHEIKH NAWAWI BENTAN

KENANGAN SEKITAR MAJLIS UMMAH KEDAH BERSELAWAT DI MAJLIS AL-HABIB SAYYID MUHAMMAD BIN SALEH AL-ATTAS AL-HUSSAYNI

Sejarah telah tercatat dalam lipatan Negeri Kedah Darulaman apabila Ummah Kedah Berselawat dalam Majlis Habib Muhammad bin Salleh Al Attas. Majlis ini adalah anjuran Yayasan Al Abrar dengan kerjasama Sekretariat Ummah Berselawat pada tarikh 6.5.2011 (Jumaat). Dianggarkan seramai 1000 orang Muhibbin Rasulullah wa Ahlul Bait telah hadir untuk menyatakan kecintaan mereka kepada Rasulullah S.A.W. Antara yang hadir adalah Ustaz Aminuddin (Ustaz Din Tok Guru) di mana beliau adalah ulama muda Kedah yang sedang mencipta nama di negeri Kedah.
Majlis dimulakan dengan acara membaca Mawlid yang dipimpin oleh Habib Muhammad bin Salleh Al Attas sendiri. Kemudian Habib Muhammad bin Salleh Al Attas telah memberi tausiah yang berkaitan TAKWA.  Para hadirin kelihatan sangat khusyuk mendengar tausiah daripada seorang ulama keturunan Rasulullah S.A.W.
Jadual Tuan Habib Muhammad bin Salleh agak padat di Negeri Kedah. Di mana pada 7.5.2011 majlis beliau dijadualkan di Masjid Pokok Sena dan pada 8.5.2011 majlis beliau di Masjid Serdang Kulim. Semua dijemput hadir.

WAHAI PECINTA RASULULLAH BANGKITLAH NYATAKAN KECINTAAN KEPADA BAGINDA DENGAN BANYAKKAN SELAWAT !!











Wednesday 4 May 2011

PROGRAM BACAAN MAULID DAN CERAMAH AGAMA OLEH AL-HABIB SAYYID MUHAMMAD BIN SALEH AL-ATTAS AL-HUSSAYNI



PROGRAM BACAAN MAULID DAN CERAMAH AGAMA
OLEH
AL-HABIB SAYYID MUHAMMAD BIN SALEH AL-ATTAS AL-HUSSAYNI

  1. 6 MEI 2011 (JUMAAT) DI MASJID BUKHARI ALOR STAR JAM 7.30 MALAM
  2. 7 MEI 2011 (SABTU) DI MASJID POKO SENA, POKOK SENA JAM 7.30 MALAM
  3.  8 MEI (AHAD) DI MASJID SERDANG, KULIM JAM 7.30 MALAM 




Sunday 1 May 2011

PANGKIN PAK LONG WADAH KEDAH LANIE MENDEKATI REMAJA DI UPTOWN STADIUM

Allhamdulillah pada tarikh 29 April 2011 (Jumaat) tepat jam 8.00 malam telah manjadi sejarah kepada Up Town Stadium Darulaman kerana telah berkumandang Mawlid Ad Dibaie di tengah-tengah kesibukan orang ramai membeli belah. Mawlid yang penuh barakah ini telah didendangkan oleh para pelajar Mahaad Tahfiz Al Munir Bukit Pinang. Program ini tidak lain dan tidak bukan adalah Pangkin Pak Long ( Hentian Espresi Seni dan Budaya Mendidik) anjuran NGO WISDOM dan ABIM Negeri Kedah serta dibantu oleh Sekretariat Ummah Berselawat. Pangkin Pak Long adalah dakwah santai di lapangan di mana kumpulan sasaran adalah para belia.

Program Pangkin Pak Long kemudiannya diteruskan dengan solat Isyak berjemaah di tep Up Town Stadium Darulaman yang dipimpin oleh Ustaz Syed Zainol Abidi El Idrus ( Pengerusi Sekretariat Ummah Berselawat). Setelah itu Pangkin Paklong diteruskan dengan acara-acara Qasidah, Sajak An Niqmati, Syair,Nasyid dan berbagai lagi aktiviti seni Islam yang mendidik.

Program Pangkin Pak Long telah dijayakan oleh Ustaz Syzili (Pak Long), Syed Samudera, Ustaz Hafiz Mustafa ( YDP ABIM Negeri Kedah), Dinsman, Puzi Hadi, En Rosmaidi Kolej Komuniti Bandar Darulaman Jitra, Mustafa WISDOM dan penampilan khas pelajar Mahaad Tahfiz al Munir Bukit Pinang.

Doakan, InsyaAllah program Pangkin Pak Long  akan menemui peminatnya pada hari Jumaat setiap Minggu ke 4 Setiap Bulan dengan penampilan yang lebih menarik. Berikut adalah gambar-gambar Pangkin Paklong: