|
Barisan Ulama Pewaris Nabi |
|
Habib Naqjamudin dengan Dato Hashim |
|
Barisan Asatizah berkumpul sebelum bertolak ke PERWAJA |
|
Baba Ya kealiman beliau tersembunyi |
|
Pak Teh Mat anak murid kesayangan Sheikh Abdul Kadir al Mandili |
|
Ustaz Subri Arsyad |
|
Alangkah untungnya bersama para ulama |
|
Satu fenomena luar biasa |
|
Ulama yang paling berpengaruh sekarang Tuan Guru Haji Salleh |
|
Pertemuan 2 orang sahabat lama ulama ASWJ |
Alhamdulillah matlamat dan tujuan asal program Ijtima Ulama Turath 2012 berjaya mencapai matlamat. Majlis Ummah Berselawat mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Persatuan Pondok Tauhid dan Jawatankuasa Surau PERWAJA kerana Berjaya menganjurkan program ini. Syabas juga kerana tujuan tuan-tuan adalah untuk menaikkan martabat para Ulama Turath.
Matlamat Program
Bertujuan untuk mengumpul ualam Thurath , diakhir- akhir ini peranan ulama Thurath makin dilupakan oleh masyarakat , mudahan dengan program ini dapat menjadi asbab untuk menarik minat masyarakat khusus golongan muda supaya kembali mendekati ilmu dan ulama . Moga setelah majlis ini diadakan ramai masyarakat terutama golongan muda dapat mendekati ilmu dan ulama .
Ulama Thurath merupakan ulama yang membaca kitab-kitab muktabar , mereka mengajar secara detail atau halusi , mereka sangat beradab dengan ilmu , berakhlak luhur , kehebatan mereka terselah dengan khidmat mereka menyampaikan dakwah dan berjuang tanpa mendapat upah atau gaji . Mereka ikhlas , dan meamalkan apa yang mereka perkatakan .
Ulama tua masih ramai , tetapi mereka tidak mendapat tempat, kerana majlis seperti ini jarang-jarang dilaksanakan , sausana hari ini lebih banyak majlis untuk politik dan majlis untuk ulama muda sedangkan ulama tua masih ramai diketepikan . Maka kami PERSATUAN PONDOK TAUHID (PPPT-Keadah) dan SURAU PERWAJA beperanan mengumpulkan semula ulama tua supaya peranan ULAMA THURATH terus diperkasakan demi untuk mempertahankan ilmu yang sahih buat masyarakat kerana ulama thurath sentiasa mempertahankan kitab muktabar dari ulama dulu.
Moga Allah SWT jadikan Malaysia wasilah pada Al Mahdi Al Muntadhar melalui As-Sawad al-Azam bersendi ASWJ.
ReplyDeleteSama2 kita amalkan sunnah Rasulullah
ReplyDelete