Followers

Tuesday 29 November 2011

IJTIMA ULAMA THURATH 2012




Program IJTIMA ULAMA THURATH 2012

Program ini merupakan usha untuk menaikkan kembali Ulama Thurath yang makin dilupakan jasa dan peranan mereka didalam masyarakat .
Sehungan itu kami mengambil tanggungjawab ini untuk mengadakan majlis IJTIMA ULAMA THURATH kali Pertama di Kedah .
Matlamat Program ini adalah untuk menghimpunkan ulama Thurath atau Tuan-Tuan Guru dari Kedah supaya berada dalam satu Majlis .

Majlis ini kita fokus kepada seluruh lapisan masyarakat terutamanya warga kota dan desa .
Muslimin muslimat samada dewasa , tua dan muda .


Fokus pada ulama yang tua yang kita jemput diantaranya
1. Tn Guru Hj Salleh Musa Pondok, Sik
2. Tn Guru Hj Ahmad, Kuala Nerang
3. Tn Guru Hj Wahab Hassan/ Awang Lanai
4. Tn Guru Hj Abdullah , Bukit Lada
5. Tn Guru Hj Zakaria, Jeneri
6. Tn Guru Hj Izuddin , Pendang
7. Tn Guru Abd Rahim , Pendang
8. Tn Guru Hj Yussuf , Pendang
9. Tn Guru Hj Abd Karim , Dala Fathani Thailand
10. 3 Orang ulama tua dari Fathani , 2 Orang dari Singapura .
Insyallah kita akan menjemput Pak Su Mid Kuala Nerang dan Pak Teh Mad Isa
Program ini kita beri keutamaan kepada ulama yang berusia tua kerana kita mahu mengambil menafaat dari mereka yang banyak pengalaman dan banyak keberkatan dari mereka .

Program ini juga akan disertai oleh ulama muda yang dikenalpasti mereka ini menguasai kitab thurath dan memberi sumbangan dakwah kepada negeri kedah khususnya dan Malaysia amnya , diantara ulama muda yang akan kami jemput :

1. Ust Sobri , Jitra
2. Ust Adnan , Kulim
3 Syeikh Muslim , Sik
4 Ust Othman , Sik
5  Ust Jab , Jitra
6 Ust Fadhil , Parit Panjang
7 Ust Halim Parit Panjang
9 Ust Yazid , Sik
10 Ust Jamaluddin, Sik
11 Ust Rafie , Baling
12. Ust Zul , Yan
13 Ust Khairul , Gajah Teriyak
14. Ustaz Zuhair / Pak Long Alor Janggus
15 Baba Yahya SMIDU
16 Ust Aminuddin Abd Rahim
17 Ust Zainal Asri PAKSI
18 Dan Ramai lagi ulama muda yang berjasa dalam mempertahankan kitab thurath dan  sistem pengajian SALAF dan Sistem Pengajian Pondok

Takdir Allah usha ini disambut baik oleh gabungan beberapa pihak , akhirnya Allah menyatukan hati kami diatas satu matlamat .

Pada 23.11. 2011 berlangsungnya Mesyuarat untuk Menubuhkan Jawatan Kuasa Program Ijtima Ulama Thurath 2012 maka keputusannya seperti berikut :

Majlis akan diadakan pada : 1.1.2012
Hari ; Ahad
Tempat : Surau Perwaja
Jam ; 6.00 ptg hingga 11.30 mlm

Atucara
Solat Maghrib
Ucapan Tn Guru Hj Salleh Musa
Ucapan Perasmian
Solat Isyaq
Acara Kemuncak : Tazkirah dari tuan -tuan guru alim ulama dari Kedah , Fathani dan Singapura
Tahlil Perdana
Doa Penutup

Insyallah jamuan akan disediakan untuk semua , sumbangan tambahan diperlukan untuk tujuan tersebut .

Sebarang pertanyaan mengenai gerai , pameran , jamuan , tahlil  dan sumbangan sila hubungi :
Setiausaha umum majlis : Roslan bin Che Ani : 019 4589084
                                      Mazlan Jamaluddin : 013 4035286

Pihak Surau Perwaja : Azhari : 012 4257573
Tim Pengarah : 013 4044259

Dipetik dari :  http://pondoktauhid.blogspot.com/

Thursday 17 November 2011

MENCINTAI RASULULLAH صلى الله عليه وسلم SATU ANUGERAH


Mencintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
( لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ)) رواه البخاري ومسلم

“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.” [HR: Al-Bukhari]

Maka wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, bukti dan tanda-tanda tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.


قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ يُوْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى اَكُوْنَ أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ

Tidak (sempurna) iman salah seorang kamu sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan semua manusia lainnya.
(HR Bukhari dan Muslim)

  Syarah Hadis:


Hadis di atas adalah bukti yang amat jelas tentang kewajipan kita mencintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Malahan iman seseorang belum digolongkan sebagai iman yang sempurna sehingga baginda صلى الله عليه وسلم Rasulullah صلى الله عليه وسلم lebih dia cintai melebihi cintanya kepada kedua ibubapanya, anak-anaknya dan semua manusia lain.

Penggunaan istilah  أَحَبُّ )) iaitu (lebih mencintai) di dalam hadis di atas mengisyaratkan bahwa cinta kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang dimaksud bukanlah sekedar cinta tetapi mestilah cinta yang mengatasi atau melebihi daripada cintanya kepada yang lain. Jika cintanya tidak sampai ke tahap itu berarti imannya belum sempurna.

 Dan di dalam hadis di atas khusus disebut tentang ibubapa dan anak-anak, karena kedua jenis manusia inilah yang paling dikasihi oleh seseorang. Bahkan terkadang-kadang kedua-duanya lebih dikasihi dari dirinya sendiri.

Ini menunjukkan betapa seorang mukmin dituntut mengasihi baginda صلى الله عليه وسلم Rasulullah صلى الله عليه وسلم hatta terhadap dirinya sendiri. Ini sebagaimana tegoran Rasulullah صلى الله عليه وسلم terhadap Umar Al-Khattab (ra) yang berkata:

 Ya Rasulullah صلى الله عليه وسلم ,sesungguhnya tuan adalah orang yang paling saya kasihi mengatasi segala-galanya kecuali terhadap diri saya sendiri.

Mendengar kata-kata itu, lalu baginda صلى الله عليه وسلم pun bersabda:

Tidak, demi diriku di tanganNya, sehingga aku lebih engkau cintai dari dirimu sendiri

Lalu Umar menjawab: Sesungguhnya sekarang, demi Allah, tuan adalah orang yang paling saya kasihi walaupun terhadap diri saya sendiri.

Dan mendengar kenyataan itu baginda صلى الله عليه وسلمpun bersabda: Sekarang (barulah sempurna imanmu hai Umar.

[HR Bukhari]