Followers

Monday 30 January 2012

Sayyidina al-Imam al-Hasan al-Basri

Antara yang menakjubkan kita melihat segolongan yang istimewa yakni sebaik kurun selepas para sahabat.Mereka mendapat kekuatan daripada sumber kerohanian para sahabat yang mendapat tarbiah Muhammadiyah supaya rantaian sanad tidak terputus untuk disampaikan kepada umat Islam selepas mereka.

Di antara wali pilihan Allah pada zaman tersebut adalah Penghulu Tabiin dan Imam golongan zuhud dan Ulama’ Muhaqqiqin, pembawa panji dakwah kepada Allah dengan Basirah(pandangan mata hati).Dia adalah Syeikhul Islam al-Imam Abu Said al-Hasan bin Abil Hasan Yasar al-Basri r.a.

Penyusun mendahulukan Imam al-Hasan sebagaimana guru hamba, Almarhum Dr Judah al-Mahdi mendahulukannya kitab Bihar al-Wilayah al-Muhammadiyah berdasarkan faktor-faktor berikut:

a)Faktor utama-Imam al-Hasan al-Basri r.a merupakan antara ketua para Tabiin yang merupakan umat Islam paling afdal selepas para sahabat.Kerana itu, kemasyhuran tasauf Imam ini merupakan sumber ambilan kepada tasauf Islam untuk menghadapi golongan yang menyangka tasauf terkeluar daripada lingkaran Islam sama ada jahil atau berpura-pura jahil tentang hakikat tasauf.

b)Faktor kedua-Imam al-Hasan mengambil minuman sufi daripada Khalifah Rasyidin keempat Sayyidina Ali bin Abu Talib ra.Sanad tasaufnya bersambung dengan Imam Ali r.a sebagaimana yang akan kami jelaskan.Dengan itu sabitlah bersambungnya sanad tasauf kepada Penghulu segala makhluk SAW daripada jalan Khulafa’ Rasyidin r.anhum.Dengan itu tertolak dakwaan penentang tasauf yang mengatakan tasauf adalah bid’ah yang tidak pernah wujud pada zaman salaf.

c)Faktor ketiga-Imam Hasan al-Basri ra antara yang terawal yang bercakap mengenai ilmu tasauf dan menggunakan nama golongan Sufiah(ahli tasauf).Telah sabit daripada Imam Hasan penggunaan istilah ilmu ini yang mana disangka oleh penentang tasauf sebagai bid’ah dan tidak pernah wujud istilah ini pada zaman salaf(menurut sangkaan mereka).

Sunday 29 January 2012

MAJLIS MAWLIDUR RASUL DI NEGERI KEDAH PADA BULAN RABIULAWAL 1433HIJRAH




    

AL FATIHAH TUAN GURU HAJI SALLEH PENANTI KEMBALI KE RAHMATULLAH


Sahabat2, sangat dukacita. Baru tadi , seorang lagi ulama kita telah pulang ke rahmatullah. Innalillahi wainna ilaihiraji'un. Beliau adalah Tuan Guru Haji Soleh; Pondok Penanti(Muhajir Makki). Beliau adalah anak kepada Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti -pengasas Pondok Penanti. Beliau meninggal di Makkah Mukarramah. Al fatihah...

P/s: sebelum ni, Syeikh Tayyib Mekah ada bagitau yang Tuan Guru Hj. Soleh Penanti uzur. Sahabt, ambil perhatian.. Banyak ulama sudah meninggalkan kita. 

Tuesday 24 January 2012

RABIULAWAL BULAN YANG SANGAT DIBERKATI MENJELANG TIBA


Rasullullah saw tumbuh dgn sifat-sifat yang paling sempurna,
Dikelilingi selalu pemeliharaan Allah Maha Kuasa serta diliputi rahmatNya berlimpah-limpah.

Ia tumbuh dalam sehari,
seperti bayi lain dalam sebulan.
Keluhuran peribadinya tampak sempurna
Sejak usianya yang amat muda,
Menjadi saksi bahawa dialah penghulu keturunan Adam semuanya.

Bintang-bintang kemujuran selalu bersamanya
Demikian pula segenap benda di alam ini
Menampakkan kesetiaan dan kepatuhan padanya.

Tiap kali ia " meniupi" penderita sakit
Niscaya Allah melimpahkan kesembuhan baginya,
Tiap kali berdoa memohon hujan,
Niscaya Allah selalu menurunkannya.

Demikianlah keadaanya sehari-hari
Sampai ia telah melewati masa mudanya
Dan mencapai usia dewasa.
Saat itulah Allah mengkhususkannya,
Dengan kemuliaan hanya baginya seorang.

Dan turunlah Jibril a.s arRuhul Amin,
Membawa khabar gembira dari Tuhannya Seru Sekalian Alam,
Membacakan baginya ayat-ayat suci Al-Quran Al-Hakim,
Demi memenuhi firmanNya :
" ...Dan sesungguhnya kepadamu telah diberikan AlQuran dari hadirat Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui"

Adapun mula pertama diturunkan kepadanya,
Diantara ayat-ayat suci padat berisi
Yang berasal dari hadirat Allah swt ialah:
" Bacalah dengan nama Tuhanmu-lah yang paling mulia!
Yang mengajar dengan kalam;
Mengajar manusia apa yang tiada ia tahu..."

Oh... betapa agungnya khabar gembira ini
Kurnia sempurna yang datang dari Allah
Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah,
Lalu dikuatkan lagi dengan firmanNya :
" Ar-Rahman, Tuhan Maha Pemurah,
Mengajarkan AlQuran,
Mencipta insan,
Lalu diajarinya fasih perkataan..."

Dan tiada syak lagi,
Tentulah dia saw,
Insan yang dimaksudkan dengan pemberian ajaran itu,
Dari hadrat Allah Maha Rahman dan Rahim.

Limpahkan Ya Allah,
Semulia-mulia selawat dan salam,
Atas junjungan dan Nabi kami Muhammad saw,
Yang amat penyantun, amat penyayang.

Sumber : Maulid SimtudDurar karangan Imam Arif Billah Habib Ali bin Muhammad bin Husin Al-HabsyiRasullullah saw tumbuh dgn sifat-sifat yang paling sempurna,
Dikelilingi selalu pemeliharaan Allah Maha Kuasa serta diliputi rahmatNya berlimpah-limpah.

Ia tumbuh dalam sehari,
seperti bayi lain dalam sebulan.
Keluhuran peribadinya tampak sempurna
Sejak usianya yang amat muda,
Menjadi saksi bahawa dialah penghulu keturunan Adam semuanya.

Bintang-bintang kemujuran selalu bersamanya
Demikian pula segenap benda di alam ini
Menampakkan kesetiaan dan kepatuhan padanya.

Tiap kali ia " meniupi" penderita sakit
Niscaya Allah melimpahkan kesembuhan baginya,
Tiap kali berdoa memohon hujan,
Niscaya Allah selalu menurunkannya.

Demikianlah keadaanya sehari-hari
Sampai ia telah melewati masa mudanya
Dan mencapai usia dewasa.
Saat itulah Allah mengkhususkannya,
Dengan kemuliaan hanya baginya seorang.

Dan turunlah Jibril a.s arRuhul Amin,
Membawa khabar gembira dari Tuhannya Seru Sekalian Alam,
Membacakan baginya ayat-ayat suci Al-Quran Al-Hakim,
Demi memenuhi firmanNya :
" ...Dan sesungguhnya kepadamu telah diberikan AlQuran dari hadirat Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui"

Adapun mula pertama diturunkan kepadanya,
Diantara ayat-ayat suci padat berisi
Yang berasal dari hadirat Allah swt ialah:
" Bacalah dengan nama Tuhanmu-lah yang paling mulia!
Yang mengajar dengan kalam;
Mengajar manusia apa yang tiada ia tahu..."

Oh... betapa agungnya khabar gembira ini
Kurnia sempurna yang datang dari Allah
Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah,
Lalu dikuatkan lagi dengan firmanNya :
" Ar-Rahman, Tuhan Maha Pemurah,
Mengajarkan AlQuran,
Mencipta insan,
Lalu diajarinya fasih perkataan..."

Dan tiada syak lagi,
Tentulah dia saw,
Insan yang dimaksudkan dengan pemberian ajaran itu,
Dari hadrat Allah Maha Rahman dan Rahim.

Limpahkan Ya Allah,
Semulia-mulia selawat dan salam,
Atas junjungan dan Nabi kami Muhammad saw,
Yang amat penyantun, amat penyayang.

Sumber : Maulid SimtudDurar karangan Imam Arif Billah Habib Ali bin Muhammad bin Husin Al-Habsyi

Saturday 21 January 2012

MAJLIS BACAAN MAWLID BULANAN MAJLIS TAKLIM AL MUNIR DI MAHAAD TAHFIZ AL MUNIR BUKIT PINANG ALOR STAR



































ALHAMDULILLAH, dengan keizinan dari Allah Taala majlis bacaan Mawlid bulanan Berjaya diadakan berkat Rasulullah S.A.W. Majlis Taklim al Munir yang diadakan pada setiap hari Sabtu bertempat di Mahaad Tahfiz al Munir Bukit Pinang Alor Star Kedah. Manakala pembacaan Mawlid bulanan diadakan pada setiap Hari Sabtu minggu ketiga setiap bulan. InsyaAllah jadual bulanan Majlis Taklim al Munir akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Majlis Kesyukuran Mahabbah dan Ijtima Ulama Thurath, anjuran Surau Perwaja ,Gurun, Kedah


ALHAMDULILLAH , dengan taufiq tuhan majlis berjalan dengan lancar , walaupun matlamat hampir keseluruhan tercapai dengan jaya tetapi kita harus mengkaji kelemahan untuk menguruskan majlis dimasa hadapan , pandangan demi pandangan mesti dikaji untuk berusa yang terbaik dimasa hadapan kelak . Kejayaan yang utama majlis tempoh hari adalah matlamat kita bersama Ulama tercapai hampir keseluruhan Tn Guru hadir di majlis tersebut kecuali dari Fathani Selatan Thai disebabkan banjir . Terima kasih tidak terhingga kepada AJK Surau Perwaja , AJK PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID dan tidak lupa pada Riyadus Salihin - Ustaz Nordin Banjari -Singapura kerana menyumbangkan tenaga , wang ringgit dan buah fikiran untuk menjayakan majlis Mahabbah bersama Ulama Thurath ini .
Majlis Seperti ini wajar dianjurkan lagi kata Tn Guru Hj Salleh Musa kerana ia dapat eratkan ukhwah sesama   Ulama . Majlis seperti ini sangat bermakna kerana melambangkan kekuatan Islam dan ulama yang masih ada sekarang .