Followers

Wednesday 28 December 2011

VIDEO MAJLIS IJTIMA' ULAMA TURATH 2012


MAJLIS MAHABBAH DAN IJTIMA ULAMA THURATH 2012
Pada 1.1.2012
Hari Ahad
Tempat : Surau Perwaja Gurun Kedah Daru Aman
Jam 6.30 petang hingga 11.30 malam

Tuesday 20 December 2011

PROMOSI IJTIMA' ULAMA TURATH 2012 SEHINGGA SINGAPORE


InsyaAllah ulama yang akan hadir:

1.       Tuan Guru Hj Salleh Musa Pondok, Sik
2.       Tuan Guru Hj Ahmad, Kuala Nerang 
3.       Tuan Guru Hj Thoyyib, Baling
4.       Tuan Guru Hj Wahab Hassan/Awang Lanai
5.       Tuan Guru Hj Abdullah , Bukit Lada
6.       Tuan Guru Hj Zakaria, Jeneri
7.       Tuan Guru Hj Izuddin, Pendang
8.       Tuan Guru Abd Rahim, Pendang
9.       Tuan Guru Hj Yussuf, Pendang
10.   Tuan Guru Hj Abd Karim, Dala Fathani Thailand

3 Orang ulama tua dari Fathani, 2 Orang dari Singapura .
Insyallah kita akan menjemput Pak Su Mid Kuala Nerang dan Pak Teh Mad Isa

Insyallah lebih dari 15 ulama Tua akan hadir , samalah kita doa agar mereka sihat dan dapat hadir dalam majlis ini bersama- sama kita .


Alhamdulillah sempadan yang mengasingkan ummah Islam berjaya disatukan berkat Mahabbah Rasulullah. 

MAJLIS SELAWAT SEPANJANG BULAN DISEMBER DI MALAYSIA









Thursday 15 December 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS MAWLID BULANAN DI MAHAAD TAHFIZ AL MUNIR BUKIT PINANG (MAJLIS TAKLIM AL MUNIR)

 
Kitab Mawlid ad Dibaie
Insya’Allah Majlis Taklim Al Munir akan mengadakan majlis mawlid bulanan setiap Sabtu minggu ke 3. Mawjid yang akan dibawa pada 17 Desember 2011 nanti adalah mawlid Ad Dibaie. Berikut adalah adalah butiran majlis:


Tarikh : 17 Desember 2011 (Sabtu)
Lokasi : Mahaad Tahfiz al Munir, Bukit Pinang Kedah

BIL
MASA
ATURCARA
1
7.10 malam
Solat Maghrib berjemaah
2
7.30 malam
Majlis Mawlid bermula
3
8.20 malam
Tazkirah ringkas
4
8.50 malam
Solat Isyak berjemaah
5
9.10 malam
Majlis Tamat


Peta jalan ke Mahaad Tahfiz al Munir Bukit Pinang

Berikut adalah ringkasan tentang Mawlid ad Dibaie.

Imam Ad-Daiba’i
Al-Hafiz Wajihuddin Abu ‘Abdillah Abdul Rahman Ibnu ‘Ali Ibni Muhammad Ibni Umar As-Syaibani Az-Zabidi As-Syafie yang masyhur dengan gelaran Al-Imam Ibnu Ad-Daibai’, suatu gelaran yang berasal dari datuknya ‘ALi Ibnu Yusuf. Daiba’ dalam bahasan Sudan berarti putih.
Imam Ad-Daibai’ adalah seorang ulama ahli hadis dan tarikh. Beliau dilahirkan pada hari Khamis 4 Muharram 866H bersamaan dengan 9 Oktober 1461M di kota Zabid, Yaman Utara. Pada masa kecilnya, beliau telah diasuh oleh bapak saudaranya Jamaluddin Muhammad Ibnu Ismail, Mufti Zabid. Daripadanyalah beliau telah mendapat ilmu Al-Quran, ilmu Hadis, ilmu Hisab dan tarbiah yang utama.

Selain itu, beliau telah berguru dengan beberapa ulama pada zamannya. Diantaranya adalah Imam As-Sakhawi, Ibnu Ziyad, As-Sayid Al-Hafiz At Tahir Ibnu Husain Al-Ahdal, As-Syaikh Ahmad Ibnu Abdul Latif As-Syardji dan beberapa ulama di “Bait Al-Faqih” dari keluarga Ibnu Dja’man.
Beliau kembali ke rahmatillah pada pagi Jumaat 12 Rajab 944H bersamaan bulan Desember 1537M, ketika berumur 78 tahun.

Salah satu daripada karangan beliau yang masyhur adalah Mawlid Ad-Daibai’. Mawlid ini sudah berumur lebih 450 tahun dan dibaca di hampir seluruh dunia Islam.

Kaifiat Membaca Mawlid Ad-Dibai’ie

1. Pemimpin majlis membaca Tartibul Fatehah (senarai nama untuk dihadiahkan Fatehah) dalam Surah Al Fatehah. 
2. Pemimpin majlis membaca selawat Doa di Mukaddimah, setiap sebaris diikuti oleh hadirin. 
3. Membaca beberapa potong ayat Al-Quran di awal Mawlid. 
4. Membaca Khutbah Mawlid (Maqra’ / Rawi Pertama). 
5. Membaca Maqra’ / Rawi ke -2, 3 dan 4 seorang demi seorang. 
6. Membaca Qasidah “shalawatullah” (Maqra’ ke-5) beramai-ramai. 
7. Membaca Maqra’ ke-6, hingga Maqra’ ke-12 seorang demi seorang. 
8. Pada Maqra’ ke-12, ada bacaan Tasbih beramai-ramai 4 kali. 
9. Tamat Maqra’ ke-12,  terus berdiri. (mahallul-Qiyam) 
10. Berdiri beramai-ramai sambil membaca “Asyraqa”… 
11. Teruskan membaca Maqra’ ke-13 hingga akhir Mawlid (Maqra’ ke-23) seorang demi seorang. Maqra’ ke -23 (Qasidah ‘Ya Badra Timmin”) boleh dibaca dengan berlagu. 
12. Pemimpin majlis membaca Doa Penutup Mawlid.

JADUAL KUNJUNGAN AL MUSNID SHEIKH MUHAMMAD HUSNI GINTING DI KEDAH



16 Desember 2011 (Jumaat) 

Pukul 8 pagi              Pondok Tuan Guru Haji Salleh
Tengahari                   Ziarah Sheikh Tayib Che Mat di Baling, Kedah

PROMOSI MAJLIS IJTIMA' ULAMA TURATH KUBRA 2012

Sunday 11 December 2011

WAHAI PURNAMA (YA BADROTIM)




Jabir bin Samurah berkata : Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, beliau memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang beliau dan bulan silih berganti. Menurutku, beliau lebih indah daripada bulan purnama. 
(Hadis Riwayat Imam Tarmizi)

Wahai purnama…..wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana….bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata

Engkau menyinar di alam tinggi….dia alam tinggi….
Terangi kegelapan dan kebatilan…

Dengan mu alam bergemerlapan….bergemerlapan…
Zahir batin nur nikmat dan kemuliaan 

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya….
Siang dan malam jua…..siang dan malam jua

Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu….
Mereka yang istimewa dam amat sempurna….


Tuesday 6 December 2011

MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH





MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH




1.       APA ITU MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH ?
1.1 Satu majlis bagi MENGAMBARKAN DAN MENZAHIRKAN KECINTAAN KITA    KEPADA RASULULLAH    MUHAMMAD s.a.w. Insan yang membawa rahmat keamanan, keharmonian keadilan serta kesejahteraan untuk kita dan alam seluruhnya.
1.2 Majlis ini dihiasi dengan SELAWAT, ZIKIR, ALUNAN QASIDAH kecintaan rasulullah disamping MENCEDUK LAUTAN ILMU melaluiAL QURAN dan HADIS rasulullah lalu mengambil pengajaran yang sewajarnya kita hayati sebagai umat rasulullah.s.a.w.
1.3 Majlis ini telah diadakan untuk kali keempatnya dengan lebih 10 000 pencinta rasul telah hadir merasai kesyahduan keindahan kerinduan kecintaan untuk rasulullah s.a.w.
1.4 Majlis yang namanya diberikan oleh ulamak tersohor Syeikh Nuruddin al banjari


2.     BILA DAN DIMANA MAJLIS INI ?
2.1 Tarikh : 30 DAN 31 DISEMBER 2011,
2.2 hari JUMAAT DAN SABTU
2.3 tempat STADIUM SULTAN ABD HALIM SUKA MENANTI ALOR SETAR, 
2.4 majlis bermula jam 8.30 PAGI HINGGA 12.00 MALAM.

3.     SIAPA PENGANJUR MAJLIS INI ?
3.1 Majlis ini dianjurkan oleh PARA PENCINTA RASULULLAH S.A.W .
YAYASAN PAKSI bertindak sebagai pengelolanya.
3.2 Ianya mendapat kerjasama dari Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Sekolah Agama rakyat (HESA) , Majlis Ketua Kampong (MKK) Masjid-masjid seluruh Kedah, Galeri Ilmu Sdn Bhd. ( majallah Q & A ), NGO Islam  ( pertubuhan bukan kerajaan ) – Ikatan Mujahid Ummah ( IMAM), ABIM, JIM, WADAH, TERAS , Sekretariat Ummah Berselawat ,Pusat Pengajian Islam , Pondok, Tahfiz  dan lain-lain

4.     SIAPA YANG AKAN BERSAMA DALAM MAJLIS INDAH INI ?
Ulamak tersohor dan pemikir islam  serta pencinta rasulullah antaranya
4.1           Sahibus Samahah Dato Baderudin Haji Ahmad – Mufti Kerajaan Negeri Kedah
4.2           Tuan Guru Dato Dr. Harun Din Al hafizh – Ulamak tersohor
4.3           Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam -Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru Indonesia
4.4           Syeikh Mohd. Zainal Asri bin Haji Ramli – Mudir Maahad Darul Hadis
4.5           Ustaz Ahmad fawaz bin Dato Fadhil  – Anak Dato Fadhil Noor
4.6           Ustaz Nik Abduh bin Dato Nik Abd. Aziz – Anak Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat
4.7           Ustaz Mohd. Khalil bin Dato Seri Abd. Hadi – Anak Dato Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang
4.8           Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali - editor Eksekutif majalah Q & A
4.9           Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim- Dekan fakulti Perniagaan Islam UUM
4.10       YM Hajah Raja Mazian Bt Raja Mohamed- mantan pengacara Al- Hidayah Tv3
4.11       Nora -  Wan Norafizah binti Ariffin - selebriti dan penyanyi
            
5.      APA YANG AKAN ANDA PEROLEHI SEPANJANG MAJLIS INI
5.1               Sepanjang program kita akan merasai indahnya SELAWAT DAN QASIDAH memuji rasulullah bersama para ulamak dan pelajar Mahaad Darul Hadis, Maahad Tahfzi Imam Nawawi (Matin)serta kumpulan qasidah yang lain. Selawat dan qasidah dialunkan disetiap permulaan majlis  dipertegahan dan diakhir nya. ( ya allah hadirkan kami dalam majlis ini)
5.2               TG dato dr. Harun Din akan mengupas KERINDUAN BERTEMU RASULULLAH dan amalan yang dilakukan oleh mereka yang telah dapat bertemu rasulillah dalam mimpi. Kesyahduan ketika bertemu rasulullah s.a.w ( moga kita memperolehinya)
5.3               SS Dato Mufti akan menyentuh CIRI-CIRI DAN WATAK  INSAN YANG AKAN BERSAMA RASULULLAH di akhirat nanti (moga kita antaranya)
5.4               Syeikh Ahmad Fahmi dan Syeikh Zainal Asri akan membawa kita merasai INDAHNYA DALAM MAJLIS MEMUJI DAN MENGAGUNGKAN RASULILLAH. ( moga allah memilih kita dalam ribuan yang hadir)
5.5               Anak-anak 3 Ulamak iaitu  Ust. Fauwaz , Ustaz Nik Abduh dan ust Mohd. Khalil akan membawa kita memahami ciri-ciri danPERANAN ULAMAK SEBAGAI PEWARIS NABI DAN PERANAN KITA SEBAGAI PEMBANTU dan penyokong para ulamak. ( moga allah pilih kita hidup bersama para ulamak)
5.6                Ust. Zul Ramli , YM Raja Mazian dan Nora akan mengembalikan kita melihat betapa CINTA DAN KASIHNYA RASULULLAH TERHADAP WANITA lalu memuliakan wanita sebagai anak, isteri dan ibu. Kita akan dibawa merasai betapa MANISNYA HIDUP DALAM SUNNAH RASULULLAH berbanding sebaliknya. (moga kita penghidup sunnah rasulullah)
5.7               Anda akan dapat MENYELUSURI DAN MENGHAYATI KEHIDUPAN RASULULLAH melalui teknik penceritaan yang dibantu dengan alunan qasidah, selawat, nasyid, sajak, pentomen, monolog dalam PERSEMBAHAN  QASIDAH SENTUHAN QALBU.  Ianya bertambah menusuk qalbu dengan paluan kompang dan bunyian serta pencahayaan.
5.8               Ust Zul Ramli dan Prof madya Dr Hasmadi akan mejelaskan peri pentingnya ILMU dalam mendekatkan kita kepada RASULULLAH.
5.9               PELANCARAN MAJALLAH Q & A sebagai tanda komitmen kita bersama untuk mendapat ilmu
5.10            MAJLIS TAHLIL  dipimpin oleh Tuan Guru Haji Mohd Rejab bin Mahd Khair, sebagai tanda ingatan kita kepada insan yang kita kasihi           ( moga doa dan pahala tahlil kita mendatangkan kebaikan kepada keluarga terutama ibu ayah kita)
5.11            Semestinya kita akan dapat membeli BARANGAN KELUARAN MUSLIM, halal lagi baik pastinya di gerai yang sediakan.  (moga kita diberi ilmu , makanan dan pakaian serta lainnya mengikut sunnah )

6.      SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI DAN MENGHADIRI MAJLIS INI ?
 6.1 MAJLIS INI BOLEH DISERTAI dan dihadiri OLEH SEMUA INSAN...
 6.2 anda suami/isteri anda, anak-anak, ibu ayah adik abang kakak ... jiran, rakan sepejabat lelaki wanita, tua muda, kecil besar, melayu, cina india ... muslim dan non muslim semua golongan ... pencinta rasul...

7.     BAGAIMANA UNTUK ANDA MENYERTAINYA ?
 7.1 TIADA BAYARAN DIKENAKAN kepada anda yang cintakan rasulullah
7.2 Hanya pinta kami agar anda membiasakan diri anda BERSELAWAT SEBANYAK MUNGKIN mulai hari ini sehingga kita masuk ke majlis yang adakan pada 30.12.2011 supaya jiwa dan perasaan anda begitu cinta kepada rasulullah.
7.3 Serta pada MALAM KEMUNCAKNYA ANDA DIGALAKKAN BERPAKAIAN PUTIH bagi mewujudkan suasana syahdu berselawat dan berqasidah memuji rasulullah.
( bayangkan anda dalam ribuan yang berpakaian putih bersih .... sama serupa ...)

8.      ANDA INGIN MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS INI ?
PASTINYA anda amat ingin memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Oleh itu anda perlu
8.1    LETAK DAN TANAM AZAM UNTUK HADIR ke majlis lantunan mahabbah pada tarikh 30 dan 31 disember 2011 di Stadium Sultan Abd. Halim Suka Menanti.
8.2    HADIR BERSAMA ANAK DAN KELUARGA SERTA RAKAN JUGA JIRAN agar mereka juga dapat merasai serta mendapat berkat dan pahalanya.
8.3    Bersama MENJAYAKAN MAJLIS TAHLIL . Isikan borang dan hantarkan kepada MAAHAD DARUL HADIS atau KELAS PAKSIsetiap jumaat di menara zakat atau kelas di seri mentaloon pada hari sabtu atau berhubung 0195987842
8.4    SEBARKAN MAKLUMAN INI kepada orang yang anda kenali atau tidak melalui sms, facebook, email blog salinan handbill poster dan sebagainya . pastinya ada pahala untuk anda juga.
8.5    Menghulurkan SUMBANGAN WANG RINGGIT seikhlas dalam tabung lantunan atau terus kepada akaun YAYASAN PAKSI . atau menjadi penaja.
8.6    HADIR AWAL DAN IKUT PERATURAN serta arahan pengelola.
KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ;
CIKGU SUKARNO ABD.HAMID 0195987842 atau layari lantunan mahabbah blogspot



Sunday 4 December 2011

MARI KITA BERPUASA SUNAT ASYURA 10 MUHARRAM

AHLUL BAIT AHLIL SUNNAH WA JAMAAH TELADAN SEMPURNA

Habib Ali al Idrus Batu Pahat

Bismillaah, walhamdu lillah, wash-shalaatu was salaamu ‘ala rasulillah wa’ala aalihi wa man waalah, amma ba’du.

Puji dan syukur ke hadirat Allah SWT Tuhan semesta alam. Salawat dan salam sejahtera untuk Rasul penghulu umat Sayidina Muhammad saw serta Ahlul Baitnya yang suci dari dosa. Salam sejahtera untuk para sahabat-sahabat yang tulus, ikhlas dalam menghadapi cobaan dan derita dan menjadi teladan demi terwujudnya Panji “La ilaha Illallah”.

Ahlul Bait adalah sebuah kata yang mana Alllah dan Rasul-NYA memberikan suatu makna khusus, kekhususan ini bukanlah suatu hal yang mustahil apabila Allah Swt berkehendak dan Allah mustahil memerintahkan suatu pengkultusan yang mencemari iman dan tauhid. Kecintaan kepada mereka diperintahkan kepada umat Islam karena Allah sendiri yang memuji mereka dalam ayat-ayat-NYA. Bahkan kecintaan kepada Ahlul Bait termasuk bagian dari kesempurnaan iman dan sebaliknya.

Sebahagain orang yang tidak mengerti cenderung memahami Ahlul Bait dengan pemikiran yang picik dan tidak sesuai dengan maksud yang sebenarnya. Hal itu disebabkan karena kurang mengenal sejarah Islam dengan baik ataupun sejarah yang sampai kepada kita tidak memberikan perhatian tentang siapa dan mengapa Ahlul Bait. Tidak sahnya shalat tanpa menyebut kemuliaan Ahlul Bait adalah merupakan bukti betapa penting kedudukan Ahlul Bait untuk diketahui dan diperkenalkan kepada segenap umat. Walaupun semua ulama mazhab sepakat mengenai hal ini, tetapi mereka berbeda pendapat mengenai batasan-batasan siapa saja yang termasuk Ahlul Bait. 

“Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kalian, hai Ahlulbait, dan mensucikan kalian sesuci-sucinya.”(QS. al-Ahzab : 33)

Itulah keluarga yang disucikan Allah. Itulah Ahlul Bait. Itulah keluarga Nabi Saw. Tapi, siapakah tepatnya Ahlul Bait itu? Siapa saja yang termasuk kategori Ahlul Bait seperti yang dimaksud dalam surah al-Ahzab ayat (33) tersebut?

Pendapat Para Ulama

Pemikiran-pemikiran serta tafsir tentang sipakah Ahlul Bait yang termaktub dalam Al-Qur’an al-Karim surah al-Ahzab (33) banyak sekali hingga terbagi ke dalam tujuh kelompok. Jika kita telaah pendapat-pendapat para ulama tersebut, maka kita dapat menyederhanakan pendapat tersebut menjadi tiga kelompok, yaitu:

Kelompok Pertama: Pendapat bahwa para istri Nabi termasuk Ahlul Bait, baik semata-mata atau bersama Ashabul Kisa atau seluruh Bani Hasyim.

Kelompok Kedua: Pendapat bahwa yang termasuk Ahlul Bait adalah Ashabul Kisa, juga Bani Hasyim (Yaitu orang-orang yang diharamkan menerima santunan sedekah), seperti keluarga “Abbas, keluarga’Agil, keluarga Ja’far, dan keluarga ‘Ali Karramullahu Wajhah.

Kelompok Ketiga: Pendapat bahwa hanya Ashabul Kisa saja, Yaitu Rasulullah saw, ‘Ali, Fathimah, Hasan, dan Husein—salawat dan salam sejahtera untuk mereka yang termasuk Ahlul Bait.

Imam Muslim dalam Shahih-nya, dari Ummul Mukminin Aisyah ra yang berkata, “Suatu ketika Nabi mengeluarkan selimut dari bulu yang berwarna hitam. Tiba-tiba datanglah Hasan bin Ali, lalu Nabi memasukkan dia ke dalamnya. Lalu datanglah Husein bin Ali dan masuk pula bersama Hasan ke dalamnya. Lalu datang lagi Fathimah. Ia juga masuk ke dalamnya. Lalu datang Ali bin Abi Thalib, dan Nabi pun memasukkan dia ke dalamnya. Kemudian Nabi membaca firman Allah SWT, “Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan dosa dari kalian, hai Ahlul Bait dan membersihkan kalian sesuci-sucinya.”

Ahlul Bait sepanjang sejarahnya adalah merupakan gambaran sempurna bagi masyarakat Islam yang ideal. Tatanan masyarakat Islam dalam kerangka Ahlul Bait ialah yang meletakkan cinta dalam bingkainya yang agung. Ia menjadi insiprasi dan sumber kekuatan, tetap ada dan terus disegarkan. Ahlu Bait adalah madrasah nubuwwah, kalau masyarakat itu terbentuk dari kumpulan-kumpulan keluarga, maka Ahlul Bait adalah contoh terbaik dari semua keluarga. Cinta kepada Nabi dan Ahlul Bait sudah ada sejak hari-hari pertama dalam sejarah Islam, baik oleh al-Qur’an, oleh Hadis, maupun oleh akhlak dan tingkah laku Nabi dan karena pergaulan yang mesra dengan Rasulullah saw. 

Hubungan kecintaan ini dikuatkan oleh rasa senasib dan seperjuangan dalam membela Islam. Ajaran-ajaran Nabi menghilangkan asabiyah, rasa kebanggaan suku dan keturunan, sudah berganti dengan persaudaran yang kokoh sepanjang ajaran iman dan tauhid dan terwujudkan dalam kecintaan kepada Ahlul Baitnya. 

Sahabat-sahabat Nabi saw merasa lebih bangga disebut muslim daripada sebutan nama sukunya. Semua mereka mencintai Nabi sebagai pemimpinnya dan Ahlul Bait sebagai pengasuh, sehingga istri-istri Nabi digelarkan “ibu orang-orang beriman”. Tidak seorang muslim pun yang dapat meragukan betapa besar cintanya Khalifah Abu Bakar kepada Nabi saw dan Ahlul Baitnya.

Begitu pula Imam Syafi’i kepada Ahlul Bait sudah umum ketahui orang. Ia mabuk dalam kecintaan ini demikian rupa, sehingga acapkali ia dinamakan Rafidhi. Imam Syafi’i berpendapat bahwa mencintai Ahlul Bait tidak usah diartikan membenci, apalagi mendendam kepada sahabat-sahabat Nabi yang lain.

Pernah ditanya Imam Syafi’i tentang Imam Ali bin Abi Thalib dalam masa itu. Ia lalu menjawab : “Aku tidak akan berbicara tentang seorang tokoh, yang oleh teman-temannya dirahasiakan sejarah hidupnya, dan oleh musuh-musuhnya disimpan karena amarah. Kecintaan ini meluap-luap tiap masa dan tempat bahkan terdapat dalam kalangan yang memusuhinya sekali pun. Apa inikah sebabnya, maka para pencintanya memenuhi Timur dan Barat ?

Perintah Mencintai Ahlul Bait

“ Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaummu ), ‘Aku tidak meminta kepada kalian suatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada al-Qurba (Ahlul Bait).QS. Asyu’araa’:23
Marilah kita membuka al-Qur’an yang menceritakan kejadian para nabi terdahulu tatkala menyampaikan seruan Ilahi kepada kaumnya.

Nabi Nuh as berkata kepada umatnya : “Dan , ‘Hai kaumku, aku tidak meminta harta benda kepada kalian (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanya dari Allah semata.QS. Hud: 29

Nabi Saleh as berkata kepada umatnya : “Dan sekali-kali aku tidak meminta upah kepada kalian atas ajakanku itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.QS. Asy-Syu’araa’:145

Nabi Luth as berkata kepada umatnya : “Dan sekali-kali aku tidak meminta upah kepadamu atas ajakanku itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.QS. Asy-Syu’araa’:164

Nabi Syuaib as berkata kepada umatnya : “Dan sekali-kali aku tidak meminta upah atas ajakanku. Upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam.QS. Asy-Syu’araa’:180
Dari penjelasan-penjelasan di atas, kita dapat menyimpulkan bahwa para nabi terdahulu—sebelum Nabi Muhammad saw—dalam menyampaikan seruan Ilahi, tidak mengharapkan upah dari kaumnya melainkan semata-mata hanya dari Allah, Tuhan semesta alam. Ini berbeda dengan Nabi Muhammad saw. Beliau meminta upah dari umatnya berupa cinta dan kasih sayang terhadap Ahlul Baitnya atas ajaran yang ia sampaikan melalui suatu perjuangan keras yang membutuhkan ketabahan dan kesabaran luar biasa.

Jadi mencintai Ahlul Bait sama artinya dengan mencintai Rasulullah saw dan pada gilirannya sama artinya dengan mencintai Allah. Teladanilah jejak suci mereka agar kita menjadi umat yang tahu dan pandai bersyukur. Wallahu A’lam.

Sumber : satuislam
Dipetik dari : http://pondokhabib.wordpress.com/2009/07/16/ahlul-bait-teladan-sempurna/

Saturday 3 December 2011

PENGAJIAN KITAB IMAM HABIB ABDULLAH AL HADDAD 2011 MELABUHKAN TIRAINYA & BERMULA MAJLIS TAKLIM AL MUNIR

Jadual penuh pengajian khazanah Kitab Imam Habib Abdullah al Haddad 2011

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya milik Allah Taala mutalak selawat dan salam ke atas junjungan mulia kita Rasulullah dan ahli keluarga baginda yang dimuliakan. Pengajian Khazanah Kitab Imam Habib Abdullah al Haddad tahun 2011 telah melabuhkan tirai dengan bejaya walaupun terdapat beberapa masalah teknikal dari segi jadual penceramah. Namun berkat kesudian Habib Naqjamudin bin Othman al Khirid sudi melapangkan masa untuk turun bersama ummah Kedah bagi mencurahkan ilmu beliau. Untuk pengetahuan program pengajian kitab ini terpaksa ditundakan pada bulan September, Oktober dan November 2011 kerana bertembung dengan Hari Raya Eidilfitri, Majlis Hol Imam Habib Abdullah al Haddad dan Hari Raya Eiduladha. 

Alhamdulillah  berkat kesudian yang berbahagia Habib Naqjamudin untuk merasmikan majlis Taklim al Munir pada 3 Disember 2011 lalu moga sinar dakwah Ba’ Alawi di bumi Kedah akan terus berkembang. Tolong doakan agar majlis Ummah Berselawat akan terus istiqamah untuk meneruskan usaha dakwah di bumi Kedah dan agar usaha kecil kami ini dipandang di sisi Allah Taala.

Biodata Habib Naqjamudin bin Othman al Khirid 

Habib Naqjamudin al Khirid
 
Nama Beliau Adalah NAJAMUDDIN BIN OTHMAN BIN MOHAMMAD BIN JA'FAR BIN ALAWI BIN HUSSIN BIN ALI BIN SULAIMAN BIN ABDULLAH BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ABU BAKAR BIN ALI BIN ABU BAKAR BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN ALAWI AL-KHERED BIN MUHAMMAD BIN ABDUR RAHMAN BIN MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ALAWI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN ALAWI BIN MUHAMMAD BIN ALAWI BIN ABDULLAH BIN AHMAD AL-MUHAJIR BIN ISA AR-RUMI BIN MUHAMMAD AN-NAQUIB BIN ALI AR-RIDHA BIN JA'FAR AS-SHODIQ BIN MUHAMMAD AL-BAQIR BIN ALI ZAINAL ABIDIN BIN ALHUSSIN BIN ALI KARAMALLAHU WAJHAH SUAMI FATIMAH AZ-ZAHRAH BINTI RASULILLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM.

Pendidikan

  1. Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya sehingga darjah 6.
  2. Muar High School hingga tingkatan 3.
  3. Setelah itu melanjutkan pengajian dalam bidang agama di Mahaad Ariyadh (Indonesia).
  4. Seterusnya melanjutkan pengajian ke Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena Kedah.
  5. Seterusnya melanjutkan pengajian beliau ke Universiti Al Azhar dalam bidang Syariah.
  6. Seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan mendapat M.A dalam bidang Usul Fiqh.

Kerjaya

  1. Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bahagian Pengajian Islam selama 4 tahun.
  2. Sekarang menyandang jawatan Mudir di Madrasah At Tazkiah Cawangan Darul Mustafa, Pantai Dalam Kuala Lumpur.

Karangan dan Terjemahan

  1. Kitab Tazkirul Mustafa (Habib Altas Al Habsyi).
Sabil Rasyad wa Hidayah ( Habib Ahmad bin Zein Al Habsyi