Kitab Mawlid ad Dibaie |
Insya’Allah Majlis Taklim Al Munir akan mengadakan majlis mawlid bulanan setiap Sabtu minggu ke 3. Mawjid yang akan dibawa pada 17 Desember 2011 nanti adalah mawlid Ad Dibaie. Berikut adalah adalah butiran majlis:
Tarikh : 17 Desember 2011 (Sabtu)
Lokasi : Mahaad Tahfiz al Munir, Bukit Pinang Kedah
BIL | MASA | ATURCARA |
1 | 7.10 malam | Solat Maghrib berjemaah |
2 | 7.30 malam | Majlis Mawlid bermula |
3 | 8.20 malam | Tazkirah ringkas |
4 | 8.50 malam | Solat Isyak berjemaah |
5 | 9.10 malam | Majlis Tamat |
Peta jalan ke Mahaad Tahfiz al Munir Bukit Pinang |
Berikut adalah ringkasan tentang Mawlid ad Dibaie.
Imam Ad-Daiba’i
Al-Hafiz Wajihuddin Abu ‘Abdillah Abdul Rahman Ibnu ‘Ali Ibni Muhammad Ibni Umar As-Syaibani Az-Zabidi As-Syafie yang masyhur dengan gelaran Al-Imam Ibnu Ad-Daibai’, suatu gelaran yang berasal dari datuknya ‘ALi Ibnu Yusuf. Daiba’ dalam bahasan Sudan berarti putih.
Imam Ad-Daibai’ adalah seorang ulama ahli hadis dan tarikh. Beliau dilahirkan pada hari Khamis 4 Muharram 866H bersamaan dengan 9 Oktober 1461M di kota Zabid, Yaman Utara. Pada masa kecilnya, beliau telah diasuh oleh bapak saudaranya Jamaluddin Muhammad Ibnu Ismail, Mufti Zabid. Daripadanyalah beliau telah mendapat ilmu Al-Quran, ilmu Hadis, ilmu Hisab dan tarbiah yang utama.
Selain itu, beliau telah berguru dengan beberapa ulama pada zamannya. Diantaranya adalah Imam As-Sakhawi, Ibnu Ziyad, As-Sayid Al-Hafiz At Tahir Ibnu Husain Al-Ahdal, As-Syaikh Ahmad Ibnu Abdul Latif As-Syardji dan beberapa ulama di “Bait Al-Faqih” dari keluarga Ibnu Dja’man.
Beliau kembali ke rahmatillah pada pagi Jumaat 12 Rajab 944H bersamaan bulan Desember 1537M, ketika berumur 78 tahun.
Salah satu daripada karangan beliau yang masyhur adalah Mawlid Ad-Daibai’. Mawlid ini sudah berumur lebih 450 tahun dan dibaca di hampir seluruh dunia Islam.
Kaifiat Membaca Mawlid Ad-Dibai’ie
1. Pemimpin majlis membaca Tartibul Fatehah (senarai nama untuk dihadiahkan Fatehah) dalam Surah Al Fatehah.
2. Pemimpin majlis membaca selawat Doa di Mukaddimah, setiap sebaris diikuti oleh hadirin.
3. Membaca beberapa potong ayat Al-Quran di awal Mawlid.
4. Membaca Khutbah Mawlid (Maqra’ / Rawi Pertama).
5. Membaca Maqra’ / Rawi ke -2, 3 dan 4 seorang demi seorang.
6. Membaca Qasidah “shalawatullah” (Maqra’ ke-5) beramai-ramai.
7. Membaca Maqra’ ke-6, hingga Maqra’ ke-12 seorang demi seorang.
8. Pada Maqra’ ke-12, ada bacaan Tasbih beramai-ramai 4 kali.
9. Tamat Maqra’ ke-12, terus berdiri. (mahallul-Qiyam)
10. Berdiri beramai-ramai sambil membaca “Asyraqa”…
11. Teruskan membaca Maqra’ ke-13 hingga akhir Mawlid (Maqra’ ke-23) seorang demi seorang. Maqra’ ke -23 (Qasidah ‘Ya Badra Timmin”) boleh dibaca dengan berlagu.
12. Pemimpin majlis membaca Doa Penutup Mawlid.
No comments:
Post a Comment