Followers

Saturday, 3 December 2011

PENGAJIAN KITAB IMAM HABIB ABDULLAH AL HADDAD 2011 MELABUHKAN TIRAINYA & BERMULA MAJLIS TAKLIM AL MUNIR

Jadual penuh pengajian khazanah Kitab Imam Habib Abdullah al Haddad 2011

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya milik Allah Taala mutalak selawat dan salam ke atas junjungan mulia kita Rasulullah dan ahli keluarga baginda yang dimuliakan. Pengajian Khazanah Kitab Imam Habib Abdullah al Haddad tahun 2011 telah melabuhkan tirai dengan bejaya walaupun terdapat beberapa masalah teknikal dari segi jadual penceramah. Namun berkat kesudian Habib Naqjamudin bin Othman al Khirid sudi melapangkan masa untuk turun bersama ummah Kedah bagi mencurahkan ilmu beliau. Untuk pengetahuan program pengajian kitab ini terpaksa ditundakan pada bulan September, Oktober dan November 2011 kerana bertembung dengan Hari Raya Eidilfitri, Majlis Hol Imam Habib Abdullah al Haddad dan Hari Raya Eiduladha. 

Alhamdulillah  berkat kesudian yang berbahagia Habib Naqjamudin untuk merasmikan majlis Taklim al Munir pada 3 Disember 2011 lalu moga sinar dakwah Ba’ Alawi di bumi Kedah akan terus berkembang. Tolong doakan agar majlis Ummah Berselawat akan terus istiqamah untuk meneruskan usaha dakwah di bumi Kedah dan agar usaha kecil kami ini dipandang di sisi Allah Taala.

Biodata Habib Naqjamudin bin Othman al Khirid 

Habib Naqjamudin al Khirid
 
Nama Beliau Adalah NAJAMUDDIN BIN OTHMAN BIN MOHAMMAD BIN JA'FAR BIN ALAWI BIN HUSSIN BIN ALI BIN SULAIMAN BIN ABDULLAH BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ABU BAKAR BIN ALI BIN ABU BAKAR BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN ALAWI AL-KHERED BIN MUHAMMAD BIN ABDUR RAHMAN BIN MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ALAWI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN ALAWI BIN MUHAMMAD BIN ALAWI BIN ABDULLAH BIN AHMAD AL-MUHAJIR BIN ISA AR-RUMI BIN MUHAMMAD AN-NAQUIB BIN ALI AR-RIDHA BIN JA'FAR AS-SHODIQ BIN MUHAMMAD AL-BAQIR BIN ALI ZAINAL ABIDIN BIN ALHUSSIN BIN ALI KARAMALLAHU WAJHAH SUAMI FATIMAH AZ-ZAHRAH BINTI RASULILLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM.

Pendidikan

  1. Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya sehingga darjah 6.
  2. Muar High School hingga tingkatan 3.
  3. Setelah itu melanjutkan pengajian dalam bidang agama di Mahaad Ariyadh (Indonesia).
  4. Seterusnya melanjutkan pengajian ke Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena Kedah.
  5. Seterusnya melanjutkan pengajian beliau ke Universiti Al Azhar dalam bidang Syariah.
  6. Seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan mendapat M.A dalam bidang Usul Fiqh.

Kerjaya

  1. Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bahagian Pengajian Islam selama 4 tahun.
  2. Sekarang menyandang jawatan Mudir di Madrasah At Tazkiah Cawangan Darul Mustafa, Pantai Dalam Kuala Lumpur.

Karangan dan Terjemahan

  1. Kitab Tazkirul Mustafa (Habib Altas Al Habsyi).
Sabil Rasyad wa Hidayah ( Habib Ahmad bin Zein Al Habsyi



No comments:

Post a Comment