Beliau berkata; "Aku amat ta'ajjub dengan kalian semua apabila aku sampai di sini. Sebelum aku sampai di sini(rumah Ben 'Alawi), aku berada di Kedah dan menyampaikan tausiah di satu Masjid. Dan amat menarik perhatian aku, apabila aku melihat para hadirin, kesemuanya memakai pakaian serba putih, berserban. Aku berkata, "Apakah ini? Adakah Azhar telah berpindah ke sini?" Aku amat terpegun dengan kalian semua. Dan inilah suasana Azhar pada 200 tahun dahulu".
"Dan aku juga tertarik, kalian semua membaca Qasidah Burdah karangan Imam Bushyiriy. Apakah Imam Bushiri berasal dari sini? Amat mengejutkan, beliau dimakamkan di Iskandariyah, tetapi qasidahnya itu dibaca sampai kesini. Bahkan ada diantara kamu yang menghafal dan pandai melagukannya".
Kiblat Ilmu Seluruh Umat Islam
"Selain itu, aku juga melihat acara-acara maulid Baginda s.a.w. diadakan di sini bahkan lebih banyak berbanding di Mesir sendiri. Sedangkan majlis-majlis sebeginilah yang menyucikan hati kita semua, mendatangkan perasaan kecintaan kepada Baginda s.a.w., memperingatkan kita kepada Baginda s.a.w.. Apabila sampai kepada qiam, kamu semua berdiri menandakan penghormatan kamu semua kepada kemuliaan Baginda s.a.w.. Amat menakjubkan aku."
"Aku amat berbangga dengan kalian, dan tidaklah aku berharap melainkan suasana ini dihidupkan kembali di Azhar sebagaimana yang kalian semua amalkan disini".
*petikan daripada kalam beliau~
Dipetik dari
No comments:
Post a Comment