Sila dapatkan jadual terkini di al-Hawi
Forum Perdana
Sempena Majlis2 Haul di sekitar negara, Forum Perdana ini dilangsungkan di beberapa tempat pada siang harinya sebelum Majlis Haul bermula pada petang yang sama. Pada Majlis Haul Kemuncak hari Sabtu 8 Oktober 2011, akan dilangsungkan Forum Perdana juga di Masjid Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam mulai jam 10:00 pagi.
Dalam program ini, ulama' jemputan dari dalam dan luar negara akan membentangkan kertaskerja berkenaan cara hidup bimbingan Rasulullah s.a.w. yang diamalkan turun temurun dari zaman salaf assaleh dahulu. Pada sessi soal-jawab berikutnya, para hadirin dapat membuka peluang diskusi dengan membentangkan soalan atau kumusykilan yang bakal memanfaatkan umum.
Dawrah Bersama Al-Habib Zain bin Ibrahim bin Semait
Sebagai memanfaatkan lagi kehadiran Al-Habib Zain bin Ibrahim bin Semait dari Madinah Al-Munawwarah ini, beliau akan mempimpin enam siri pengajaran dengan mensyarahkan dalam bahasa Arab mukhtasar (khulasan) dua buku karangan beliau berjudul “Bahjatul Talibin” dan“Manhaj As-Sawi”. Program ini terbuka kepada ulama, ustaz, guru, pentadbir dll yang mampu memahami bahasa Arab dan juga bakal terima kedua naskah buku tersebut serta ijazahnya dari beliau sendiri. InsyaAllah, Program Dawrah yang bertemakan “Bahtera Cara Hidup Terjamin Menuju Ilaahi” ini akan bermula pada petang Selasa 11 Oktober 2011. Program ini diteruskan pada sessi pagi dan petang hari Rabu 12 Oktober dan hari Khamis 13 Oktober sebelum diakhiri pada pagi Sabtu 15 Oktober. Tiada sessi pada Jumaat 14 Oktober. Sessi pagi bermula pada jam 11:00 pagi dan yang malam mulai sejurus selepas solat maghrib; keduanya selama dua jam termasuk sessi soal-jawab.
InsyaAllah, pihak kami sedang berusaha mengelolakan kesemua sessi dawrah ini supaya diadakan di Bilik Seminar, Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; InsyaAllah akan dipastikan kelak. Tiada dikenakan sebarang bayaran oleh peserta. Pihak HAK juga tidak akan menyediakan kemudahan terjemahan, makanan, penginapan ataupun kemudahan pengangkutan kepada peserta.
Peserta yang berminat diminta mendaftar diri dengan cara bertulis kepada ar@alhawi.net dengan tajuk "DAWRAH" dan akan pihak kami hubungi seterusnya. Adalah penting ditekankan disini bahawa hanya mereka yang fasih dalam bahasa Arab akan diterima mengikuti program ini.
Sila pantau www.alhawi.net untuk keterangan lanjut dan sila emailkan sebarang soalan berkaitan kepadaar@alhawi.net juga.
No comments:
Post a Comment