Followers

Friday 22 April 2011

FOTO-FOTO KENANGAN MAJLIS UMMAH SELAWAT DI SUNGAI PETANI

Alhamdulillah pada 21 April 2011 yang lepas Sekretariat Ummah Berselawat bersama para pelajar Mahhad Darul Hadis Alor Star dan Ahlul Bait Ahlul Sunnah Wa Jamaah telah menjalankan program ROAD TOUR UMMAH BERSELAWAT di Masjid Bakar Arang Sungai Petani. Dianggarkan seramai 500 orang Muhibbin telah hadir beramai-ramai untuk berselawat bagi menyatakan rasa cinta kepada Baginda Rasul S.A.W

Majlis telah dimulakan setalah solat Maghrib berjemaah dengan Ustaz Syazili ( Kumpulan Wadi el Jadid) memperdengarkan bacaan al Quran. Kemudian kumpulan para pelajar Mahaad Darul Hadis telah memperdengarkan bacaan qasidah yang menusuk jiwa. Majlis kemuncak adalah bacaan Maulid Ad Dibaie telah dipimpin oleh Ustaz Syed Zainol el Idrus (Mudir Mahaad Tahfiz Al Munir Bukit Pinang). Para hadirin begitu khusyuk mendendangkan Maulid Ad Dibaie beramai-ramai. 

Selepas itu, tausiah telah diberikan oleh Habib Naqjmudin bin Syed Othman. Di mana beliau banyak menyentuh tentang keperibadian yang mulia iaitu Rasulullah S.A.W. Ramai hadirin yang menitiskan air mata kerinduan kepada Rasulullah S.A.W.  Apapun terima kasih diucapkan kepada Masjid Bakar Arang Sungai Petani atas kesudian menerima kunjungan kami.

Berikut adalah foto kenang kenangan majlis ROAD TOUR UMMAH BERSELAWAT di Masjid Bakar Arang Sungai Petani :


































No comments:

Post a Comment