Followers

Sunday 1 May 2011

PANGKIN PAK LONG WADAH KEDAH LANIE MENDEKATI REMAJA DI UPTOWN STADIUM

Allhamdulillah pada tarikh 29 April 2011 (Jumaat) tepat jam 8.00 malam telah manjadi sejarah kepada Up Town Stadium Darulaman kerana telah berkumandang Mawlid Ad Dibaie di tengah-tengah kesibukan orang ramai membeli belah. Mawlid yang penuh barakah ini telah didendangkan oleh para pelajar Mahaad Tahfiz Al Munir Bukit Pinang. Program ini tidak lain dan tidak bukan adalah Pangkin Pak Long ( Hentian Espresi Seni dan Budaya Mendidik) anjuran NGO WISDOM dan ABIM Negeri Kedah serta dibantu oleh Sekretariat Ummah Berselawat. Pangkin Pak Long adalah dakwah santai di lapangan di mana kumpulan sasaran adalah para belia.

Program Pangkin Pak Long kemudiannya diteruskan dengan solat Isyak berjemaah di tep Up Town Stadium Darulaman yang dipimpin oleh Ustaz Syed Zainol Abidi El Idrus ( Pengerusi Sekretariat Ummah Berselawat). Setelah itu Pangkin Paklong diteruskan dengan acara-acara Qasidah, Sajak An Niqmati, Syair,Nasyid dan berbagai lagi aktiviti seni Islam yang mendidik.

Program Pangkin Pak Long telah dijayakan oleh Ustaz Syzili (Pak Long), Syed Samudera, Ustaz Hafiz Mustafa ( YDP ABIM Negeri Kedah), Dinsman, Puzi Hadi, En Rosmaidi Kolej Komuniti Bandar Darulaman Jitra, Mustafa WISDOM dan penampilan khas pelajar Mahaad Tahfiz al Munir Bukit Pinang.

Doakan, InsyaAllah program Pangkin Pak Long  akan menemui peminatnya pada hari Jumaat setiap Minggu ke 4 Setiap Bulan dengan penampilan yang lebih menarik. Berikut adalah gambar-gambar Pangkin Paklong:




















No comments:

Post a Comment