Followers

Saturday 7 May 2011

KENANGAN SEKITAR MAJLIS UMMAH KEDAH BERSELAWAT DI MAJLIS AL-HABIB SAYYID MUHAMMAD BIN SALEH AL-ATTAS AL-HUSSAYNI

Sejarah telah tercatat dalam lipatan Negeri Kedah Darulaman apabila Ummah Kedah Berselawat dalam Majlis Habib Muhammad bin Salleh Al Attas. Majlis ini adalah anjuran Yayasan Al Abrar dengan kerjasama Sekretariat Ummah Berselawat pada tarikh 6.5.2011 (Jumaat). Dianggarkan seramai 1000 orang Muhibbin Rasulullah wa Ahlul Bait telah hadir untuk menyatakan kecintaan mereka kepada Rasulullah S.A.W. Antara yang hadir adalah Ustaz Aminuddin (Ustaz Din Tok Guru) di mana beliau adalah ulama muda Kedah yang sedang mencipta nama di negeri Kedah.
Majlis dimulakan dengan acara membaca Mawlid yang dipimpin oleh Habib Muhammad bin Salleh Al Attas sendiri. Kemudian Habib Muhammad bin Salleh Al Attas telah memberi tausiah yang berkaitan TAKWA.  Para hadirin kelihatan sangat khusyuk mendengar tausiah daripada seorang ulama keturunan Rasulullah S.A.W.
Jadual Tuan Habib Muhammad bin Salleh agak padat di Negeri Kedah. Di mana pada 7.5.2011 majlis beliau dijadualkan di Masjid Pokok Sena dan pada 8.5.2011 majlis beliau di Masjid Serdang Kulim. Semua dijemput hadir.

WAHAI PECINTA RASULULLAH BANGKITLAH NYATAKAN KECINTAAN KEPADA BAGINDA DENGAN BANYAKKAN SELAWAT !!











No comments:

Post a Comment