Followers

Saturday, 16 April 2011

BERSATU DI BAWAH PANJI MAHABBAH RASULULLAH S.A.W

Dunia zaman moden berpaksikan westernisasi ‘kuning’ peninggalan penjajah barat. Sistem dan cara hidup mereka telah memuntahkan gejala sosial yang amat bejat sehingga memusnahkan tamadun keimanan dan kemanusiaan.

Situasi gawat ini seolah tidak terbendung lagi. Berbagai kaedah sudah di cuba, namun masih tidak menemui penawar yang dapat meredakan keadaan. Keadaan bertambah parah dengan kebanjiran artis-artis ternama dunia seperti Adam Lambert, Shaun Kingston,Kelly Clarkson, Usher, dan lain-lain yang mengundang kehadiran seramai 10,000 hingga 15,000 penonton dalam satu-satu persembahan.

Seolah ada satu pergerakan yang tersusun disebalik kehadiran artis-artis ini. Hampir setiap sebulan atau dua bulan pasti Malaysia didatangi oleh artis dari luar samada dari barat ataupun dari benua Asia seperti Wonder Girls dari Korea !

Lantaran itu, kita merasakan sudah tiba masanya para Ahbab Rasulullah s.a.w. tampil di dalam masyarakat di seluruh dunia, untuk menyelamatkan keadaan. Kembali menyemarakkan amalan syiar selawat, pembacaan maulid serta tazkiyyah pimpinan Ahli Bait Rasulillah s.a.w. untuk menyelamatkan dunia yang telah tenat. Kita perlu menzahirkan Ahli Bait dengan pendekatan rohani mereka yang dapat memimpin hati, di tengah masyarakat.

                                                                                                                  
Nama Road Tour Ummah Berselawat sengaja dipilih bagi mengangkat martabat majlis tradisi warisan ini, agar kelihatan segar dan lebih menarik bersesuaian dengan realiti semasa di zaman moden.

Juga setaraf bahkan mengatasi penganjuran road tour konsert para artis tempatan mahupun antarabangsa. Walau bagaimanapun, nama ini  tertakluk kepada perubahan dan persetujuan bersama. Apa yang penting konsep asas dan penyesuaian dengan situasi semasa dapat kelihatan seiring dan bertautan.



 Gambar 1: Sultan Muhammad V Disamping Tok Guru Nik Abdul Aziz Qiam Semasa Marhaban di Masjid Muhammadi



Gambar 2 :  Kehadiran Pak Lah di Haul Sheikh Abdul Qadir al Jilani  


Gambar 3 :Tok Guru Nik Abdul Aziz Melayan Habibuna Umar bin Hafiz


Gambar 4 : Kehadiran Pemimpin-pemimpin Negara dan Ulama Ahlul Bait 


Ahbab Rasulullah s.a.w,


Kepimpinan Ahli Bait mestilah diberi peluang, malah dijemput untuk merubah keadaan. Keberkatan rantaian nur silsilah muttaqin Rasulullah s.a.w. sudah tentu membawa bersama mereka Rahmat. Lantaran Rahmat anugerah Allah s.w.t. itulah yang telah di bawa oleh moyang mereka baginda Rasulullah s.a.w. Lalu baginda merawat wajah dunia yang suram dengan jahiliah, kepada sinar keindahan serta keadilan Islam!

Kemilau cahaya kepimpinan Ahli Bait Rasulillah s.a.w. pasti akan memberi impak positif kepada masyarakat. Kita cuba memastikan pemimpin politik dikalangan umat Islam dari berbagai  aliran, akan turut serta berselawat. Turut sama mendengar tausiyah dan tazkiyah yang di sampaikan oleh para Ahli Bait yang dimuliakan Allah.


Yakinlah ! Inilah TEORI PERPADUAN yang kita cari selama ini. Persis Rasulullah saw menyatukan pemimpin Arab yang bertelagah dalam peristiwa perletakan Hajar Aswad. Persis juga Rasulullah s.a.w. menyatukan golongan Muhajirin dan Ansar di Kota Madinatunnabi sehingga penyatuan ini membentuk sebuah anjakan paradigma dalam penyebaran agama Islam ke serata pelosok dunia !



Wednesday, 13 April 2011

PROGRAM 22 APRIL 2011

InsyaAllah, hadirlah beramai-ramai dan ajak kawan2 dan saudara2. Kita pakat berselawat dan qasidah beramai2.


Monday, 11 April 2011

MAWLID AD DIBAE YANG TERKENAL DI DUNIA ISLAM



BIODATA PENGARANG MAWLID YANG MASYUR DI DUNIA ISLAM

Satu karya mawlid yang masyhur dalam dunia Islam ialah mawlid yang dikarang oleh seorang ulama besar dan ahli hadits iaitu Imam Wajihuddin 'Abdur Rahman bin Muhammad bin 'Umar bin 'Ali bin Yusuf bin Ahmad bin 'Umar ad-Diba`ie asy-Syaibani al-Yamani az-Zabidi asy-Syafi`i. Beliau dilahirkan pada 4 haribulan Muharram tahun 866H dan wafat hari Jumaat 12 Rajab tahun 944H. Beliau adalah seorang ulama hadits yang terkenal dan tiada tolok bandingnya pada masa hayatnya. Beliau mengajar kitab Shohih Imam al-Bukhari lebih dari 100 kali khatam. Beliau mencapai darjat Hafiz dalam ilmu hadits iaitu seorang yang menghafal 100,000 hadits dengan sanadnya. Setiap hari beliau akan mengajar hadits dari masjid ke masjid. Di antara guru-gurunya ialah Imam al-Hafiz as-Sakhawi, Imam Ibnu Ziyad, Imam Jamaluddin Muhammad bin Ismail, mufti Zabid, Imam al-Hafiz Tahir bin Husain al-Ahdal dan ramai lagi. Selain daripada itu, beliau juga seorang muarrikh, yakni ahli sejarah, yang terbilang.


 MAWLID AD DIBAIE YANG DIBACA OLEH HABIB ABDULLAH BIN ALI ALATAS



Mawlid Ad Dibaie Part 1



Mawlid Ad Dibaie Part 2



Mawlid Ad Dibaie Part 3



Mawlid Ad Dibaie Part 4



Saturday, 9 April 2011

TAUSIAH SYEIKH YUSUF BIN MUHYIDIN AL HASANI


 
Sheikh Yusuf bin Muhyidin al Hasani dari Lebonan dan Canada





 Lokasi Surau PERWAJA, Gurun Kedah


       Pada 9 April 2011 telah berlangsung Tausiah ringkas oleh Sheikhuna Yusuf bin Muhyidin. Majlis ini telah dijalankan di Surau PERWAJA Gurun. Dianggarkan seramai hampir-hampir 1000 orang handirin menghadiri majlis ini. Majlis ini adalah anjuran Surau PERWAJA yang begitu aktif mengadakan aktiviti surau yang lain seperti ceramah umum, kuliah harian dan majlis selawat.

     Tahniah diucapkan kepada pihak pengajur kerana bertungkus-lumus mengadakan program seumpama ini sekiligus menyuburkan bdaya CINTAKAN ULAMA PERWARIS NABI! Kepada semua Muhibbin teruskan semangat kalian dalam mencintai Ulama Ahlul Sunnah Wa Jamaah.




BIODATA SHEIKUNA YUSUF BIN MUHYIDIN AL HASANI

Sheikh As-Syarif al Imam Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani. Beliau berketurunan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husein r.a., kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah s.a.w.

KELAHIRAN DAN KEHIDUPAN BELIAU:
Beliau dilahirkan di Aka, Lubnan. Kini, beliau tinggal di Lubnan dan Kanada.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN BELIAU:
Pada awalnya, beliau menuntut di Lubnan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di Institut Fiqh (Islamic Study) pada tahun 1974 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda. Beliau juga turut mengambil pengajian Sarjana Muda di Al-Azhar dan tamat pada tahun yang sama, dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun. Beliau melanjutkan Ijazah Sarjana di Al-Azhar dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun dan tamat pada tahun 1989. Seterusnya, beliau dianugerahkan ijazah Kedoktoran (Ph.D) Kerhormat daripada Universiti Islam Lubnan pada tahun 1991.

ANTARA GURU-GURU BELIAU:
Beliau mengambil tarbiah sufiyah secara khusus dari As-Sheikh Al-Mursyid Sidi Abdul Qadir Isa r.a. yang merupakan mursyid bagi Tarikat As-Syazuliyah Ad-Darqowiyah. Setelah dilihat kelayakan Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani, dalam memikul tugas sebagai mursyid, maka Sidi Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. memberi izin wirid 'am dan khas tarikat As-Syazuliyah dan izin irsyad dan tarbiah kepada beliau. Sheikh Yusuf merupakan khalifah Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. yang termuda dari kalangan keempat-empat khalifah beliau. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani pernah dibawa oleh Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. untuk bertemu dengan guru beliau sendiri iaitu Sheikh Muhammad Al-Hasyimi. Sheikh Muhammad Al-Hasyimi turut memberi izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah kepada Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani r.a.. Sheikhuna Yusuf Al-Hasani bersahabat dengan Sheikh Abdul Qadir Isa sehinggalah ke hujung hayat Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Setelah kewafatan Sheikh Abdul Qadir Isa r.a., Sheikhuna Yusuf juga turut mencari mursyid lain sebagai tabarruk dan merasakan diri masih lagi memerlukan tarbiah dari seorang mursyid, walaupun pada ketika itu, beliau sudahpun mendapat izin sebagai seorang mursyid. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani mengambil bai'ah tabarruk dari Sheikh Sa'duddin Murod, yang merupakan khalifah utama Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Sheikh Sa'duddin Murod turut memberikan kepada Shiekh Yusuf Al-Hasani izin tarbiah khalwah dan izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah. Bukan sekadar itu sahaja, malah Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani turut menemui Sheikh Al-Habib Abdul Qadir As-Saggaf untuk mengambil bai'ah tarikat daripada beliau seterusnya menjadi murid beliau. Sheikh Abdul Qadir As-Saggaf lantas memberi kepada Sheikhuna Yusuf Al-Hasani, izin irsyad tarikat As-Syazuliyah, kerana melihat keahlian yang dimiliki oleh Sheikhuna Yusuf. Di samping itu juga, Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani mengambil bai'ah tarikat daripada beberapa mursyid tarikat berlainan lantaran itu, turut menerima izin irsyad dari mursyid-mursyid tarikat tersebut. Antara mursyid-mursyd tersebut adalah:

1. Sheikh Soleh Farfur ( thariqat As-Syadziliyah juga )
2. Sheikh Sayyid Muhammad bin Sayyid 'Alawi Al-Maliki ( thariqat Alawiyah )
3. Sheikh Uthman Sirajuddin An-Naqsyabandi ( thariqat An-Naqsyabandiyah )
4. Sheikh Muhammad Na'im Al-Jailani Al-Asyarafi ( thariqat Al-Qadiriyah )
5. Sheikh Muhammad Zaki Ad-Din Ibrahim (thariqat Asyirah Muhammadyah)
6. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani juga meriwayatkan hadis-hadis musalsal dan sanad-sanad hadis dan ilmu agama secara umum dari Sheikh Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki r.a. dan Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim.


AKTIVITI-AKTIVITI BELIAU:
  • Pengarah Yayasan Islam Kanada, di Hamilton, Kanada pada tahun 1981 sehingga hari ini.
  • Pensyarah di Universiti Islam Lubnan.
  • Ahli Jawatan Kuasa Majlis Fatwa Lubnan.
  • Anggota Majlis Ulama' di Syria.
  • Seorang pendakwah peringkat antara bangsa (Syam, Kanada, Mesir, Jepun dan AsiaTenggara).
  • Mursyid atau Sheikh Tarikat Al-Asyirah Al-Muhammadiyah di Hamiton, Kanada.
  • Murobbi Tasauf khususnya dalam Tarikat Syadziliyah, Qadiriyah, Naqsyabandiyah, Darqowiyah, Alawiyah dan sebagainya.
  • Pengasas Dar El-Hasani Center, iaitu tempat perhimpunan anak-anak murid beliau di Mesir.
  • Penasihat Kehormat Institut Pengajian Ar-Razi, Pulau Pinang, Malaysia

Kewargaan: Libanon
T. Tgl Lahir: Libanon pada Tahun 1948.

PENDIDIKAN:
  • Menyelesaikan Pendidikan Tingkat Atas di Libanon 1967 M
  • Menyelesaikan Pendidikan pada Institut Hukum Islam di Fakulti Syariah Islam di Universiti Islam Syria 1974 M
  • Menyelesaikan Pendidikan Hukum Islam dan Hukum Sivil internasional pada Fakulti Syari'ah Islam dan Hukum Universiti Al-Azhar 1989 M

JABATAN :
  • Terpilih sebagai Guru Besar sekaligus wakil Mufti pada Lembaga Fatwa di Libanon 1975 - 1982 M
  • Imam Masjid di Hamilton Canada Amerika Utara 1982 -1986 M
  • Pembimbing Spiritual (Murobi) pada 2 Masjid Bosnia & Hamilton di Toronto, di samping pada berbagai Komuniti Muslim di Amerika Utara 1992 M

JABATAN LAIN :

  • Terpilih sebagai da'i kehormatan dan Penasihat umum dalam bidang hukum agama dan moral Islam di seluruh komuniti muslim di Amerika Utara.
  • Diangkat sebagai khotib Besar di Masjid Agung di Beirut Libanon.
  • Pensyarah Fikih Ushul Fikih di Universiti Al-Azhar.
  • Penasihat dan Pembimbing spiritual Tasawwuf dan Studi Islam di Universiti Al Razi Malaysia.
  • Da'i kehormatan negara-negara Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei, Japan dan lain-lain.
  • Pimpinan Umum Persatuan Da'i Tasawuf internasional.

Lain-lain:

  • Pakar bidang studi perbandingan antara fikih Hanafiah dan madzhab-mdzhab lain, serta pemikiran Islam


SEMARAKAN CINTA ULAMA PERWARIS NABI !